Saya tak tahu mengapa saya meluat sangat dengan berita2 dalam surat khabar. Terlalu banyak cerita2 merepek lagi menjengkilkan. Cerita2 mengenai mereka2 yang rakus dengan kuasa hingga sanggup bertindak diluar batasan mengingkari titah Raja. Apa sudah jadi??
Kekecohan yang berlaku di Perak mengundang bermacam2 persepsi. Baik dari pihak pro kerajaan dan juga pembangkang masing2 menyatakan bahawa mereka lah yg benar. Ada saja hujah2 yg dikemukakan; hujah yang mungkin mereka pelajari semasa di Uni dulu ataupun hurm... yang mereka sendiri rasa betul, mereka cakap saja. Padahal isunya tetap satu ' gila KUASA'.
Bila gaduh2 begini, maka dengan mudah mulut mengeluarkan kata2 kesat (kata2 yg tak dapat pasti kesahihannya) dan dengan mudahlah fitnah terjadi dan disebarkan.
Pemimpin2 diatas sana ada yg bergelar 'Ulama' janganlah diam saja.. Kawal lah & rawatlah hati2 pengikut anda itu. Anda memperjuangkan Islam dan Keadilan tapi pengikut2 anda bertindak diluar batasan Islam. Macammana tu?
Sangat sedih melihat pergaduhan dikalangan bangsa & agama sendiri. Peristiwa2 yg berlaku di Palestin contohnya masih tidak menyedarkan kita betapa pentingnya PERPADUAN. Manusia sanggup buat apa sahaja kerana Kuasa. Kerana Kuasa sanggup bergaduh, berperang & berbunuh-bunuhan. Hadith
'Daripada Abu Hurairah r.a.. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda; "Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'. Sahabat bertanya, "Apakah al-Harj itu hai Rasulullah?". Nabi s.a.w menjawab:" Peperangan demi peperangan demi peperangan". H.R. Ibnu Majah.
Berikut doa untuk elak caci maki masa marah:-
"Aku pohonkan kepada Engkau (Ya Allah) kalimat kebenaran pada masa marah dan suka".
saya postkan versi bahasa arab bila ada kelapangan.
Ustaz Hadith saya ada berpesan:-
Allah
tak jadi turunkan malapetaka bila berlaku 3 perkara:-
- Doa diwaktu sahur
- Berulang-alik ke masjid untuk berjemaah
- Beramah-mesra, berkasih-sayang yakni tidak bergaduh2
Wallahua'alam..