Tuesday 14 December 2010

kembali..

Bismillah.. lama betul tak jengok ummumukminin ku ini. rindu sangat rasanye. sibuk dengan kerja & belajar takde masa nak jengok. tak sangka dekat setahun stengah tak jengok. kejap je masa berlalu. petang semalam exam, pagi kelmarin pun exam. habis sudah 2 paper utk semester ni. beberapa jam je ku lelap melayan mata utk 72 jam terakhir ni. mengantok sgt ni. kuyup je mata. tp demi Ummumukminin, ku gagahi juga mata utk menjengok mu :) habis exam ni, semua benda balik kepada asal. rutin kerja rumah dah boleh ku susun semula. pastu boleh dah baca buku-buku yang tak abis abis baca esp Solusi yang dah 2 Isu sampai tp takde masa nak baca. minggu ni mak ajak pergi umah orang kawen. semuanyer berjumlah 6 buah rumah. aku mcm biasa keberatan utk menemani. bukan apa, org sibuk tanya, awak bila lagi? aku dah bosan menjawab. kalau tak jawab pun, aku mesti buat2 senyum utk tak menghampakn org yg bertanya. knapa risau2 kan saya. saya ok je. ada tak soalan yg lebih mendamaikan drpd soalan kawen ni. siti khadijah kawen Nabi kita pun ,masa umur 40, dapat anak 6 lagi. jadi, takde apa yg nak dirisaukan.. Ia hadir setelah sekian lama Ia dinafikan. Benarlah bahwa hati anak adam berada diantara dua jari dari jari jemari Allah. mudah dibolak balikkan-NYA. Tidak berdaya lagi menolaknya. hanya doa minta ditetapkan hati dengan iman. ttapi adakah Ia hadir kerna dipandu cahaya iman atau nafsu semata? wallahu 'alambissawab.. ok dah mengantok..salam..

Tuesday 2 June 2009

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

Saya terbaca kisah dalam satu majalah yg sangat terkenal dgn isu-isu ummat Islam masa kini menyebabkan saya terkedu sejenak. Kisah seorang tahfiz dan ustaz yg gila gay, polis dan rasuah dan banyak lagi cerita-cerita yang telah dipaparkan. Tidak dapat dipastikan pulak kebenaran cerita-cerita tersebut sungguhpun mangsa/saksi cerita tersebut ditemuramah oleh wartawan majalah ini.Barangkali tujuan mjalah ini untuk berdakwah kpd umum melalui cerita-cerita seperti ini mampu menjadi pengajaran untuk kita AKANTETAPI adakah benar cerita-cerita ini dengan hanya menemuramah mangsa/saksi atau dengan hanya mengambil photo-photo mangsa/saksi dan dipaparkan kepada pembaca sebagai bukti cerita itu benar? Secara jelasnya wartawan itu tidak mengenali siapa yg ditemuramah yangmana barangkali mangsa/saksi tersebut seorang penipu atau suka buat-buat cerita. Siapa tahu? Kita taknak hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tambahan pula majalah tersebut dibaca oleh semua golongan & bangsa indirectly memberi gambaran buruk tentang Islam. Persoalannya, benarkah cerita-cerita tersebut dan adakah jalan dakwah yg dipilih oleh majalah ini benar-benar berkesan hingga ke generasi seterusnya? Apakah manhaj atau metodologi-metodologi yg digunakan dalam mencari cerita-cerita seperti ini adalah dari petunjuk Ilahi?

Beberapa minggu yg lalu, saya telah menghadiri satu seminar bertajuk ketokohan Imam Bukhari. Saya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang telah saya perolehi:-

  1. Umum mungkin sudah mengetahui bahawa tokoh hadith; Al-Imam Al-Bukhari ialah seorang periwayat hadith yg termasyur. Metodologi beliau dalam mengumpul, menganalisis serta mendokumenkan hadith-hadith Rasulullah SAW dalam bentuk yg sangat baik dan dipercayai kesahihannya sehingga melangkaui zaman. Metodologi Imam Bukhari merupakan kaedah, method & teknik yg terhebat hasil drpd bimbingan wahyu. Metodologi cara Islam ini adalah dituntut keatas penyelidik Islam bagi menjamin penyelidikan berkualiti dan mendapat hasil yang benar.
  2. Tahukah anda bahawa Imam Bukhari sangat berhati-hati dalam melakukan kajian beliau. Beliau mengambil wudhu', solat 2 rakaat, berhati-hati pada pengamatan beliau sepanjang kajian dilakukan sehinggalah akhir sekali penyelidikannya itu diakhiri dengan meminta petunjuk dari Yang Maha Mengetahui. Beliau juga sangat berhati-hati dalam memilih perawi yang meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah dalam kitab Sahihnya. Ada riwayat bahawa beliau mengambil perawi yang tidak menipu walaupun hanya kepada binatang! Antara kriteria perawi Imam Bukhari ialah antaranya seorang yang selamat dari melakukan dosa besar dan terhindar dari berterusan melakukan dosa kecil, menjaga amanah dan akhlak seperti tidak kencing dan makan dijalanan, tidak banyak buat lawak, tidak banyak ketawa serta sentiasa memakai serban dan mestilah perawi yang kuat ingatannya.
  3. Antara teknik-teknik Imam Bukhari dalam proses pengumpulan data seperti memilih sampel kajian dikalangan responden dengan melihat akhlak dan keadilan mereka berdasarkan pengkhabaran yang benar dan boleh dipercayai melalui penyelidikan terhadap responden itu sendiri! Beliau memerhati keadilan responden yang hendak dipilih melalui cara pemakaian, cara percakapan, hubungan sosial dan cara muamalat responden terhadap beliau sendiri. Dan seterusnya memohon kepada Allah dengan pengharapan yg tinggi agar pemilihan responden sebagai sampel kajian adalah tepat dan maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar.

Jesteru itu, alangkah baiknya jika penulis-penulis/wartawan-wartawan pada masa kini dapat mengamalkan apa yg telah diamalkan oleh Imam Bukhari. Dengan demikian, dakwah kita melalui penulisan artikel kita mendapat keberkatan yakni dapat diteladani dan digunapakai sehingga ke anak cucu dan generasi-generasi seterusnya sepertimana yang telah dibuktikan oleh Imam Bukhari melalui penulisan beliau yang masih diyakini kebenaran dan masih digunapakai sehingga kini..

Wassalaam..

Thursday 14 May 2009

Rotan

Saya setuju cadangan kerajaan melaksanakan hukuman rotan untuk mendisiplinkan pelajar2 yang bermasalah. Teringat saya akan ustaz saya ada berpesan, kalau nak ajar anak (atas kesalahan yang telah anak itu lakukan) rotan lah anak itu tapi ikutlah Sunnah. Ianya adalah:-
  1. Guna rotan kayu yang lembut (banyak dijual di kedai2. Biasa digunakan oleh ustaz2 mengajar mengaji tu..)
  2. Diketuk/hancurkan sedikit hujung rotan yang tajam tu. Ia bertujuan agar tidak menyakitkan anak itu (ingat! rotan adalah untuk mengajar anak bukan mencederakan atau mendera).
  3. Dipukul di tapak kaki anak(ala-ala Reflexology gitu) tetapi mestilah tidak menyakitkan.

Insyaallah cara ini bukan sahaja mengajar anak tersebut malah anak akan menjadi bijak pandai.

Wallahu'alam..

Tuesday 12 May 2009

Oh Perak!

Saya tak tahu mengapa saya meluat sangat dengan berita2 dalam surat khabar. Terlalu banyak cerita2 merepek lagi menjengkilkan. Cerita2 mengenai mereka2 yang rakus dengan kuasa hingga sanggup bertindak diluar batasan mengingkari titah Raja. Apa sudah jadi?? Kekecohan yang berlaku di Perak mengundang bermacam2 persepsi. Baik dari pihak pro kerajaan dan juga pembangkang masing2 menyatakan bahawa mereka lah yg benar. Ada saja hujah2 yg dikemukakan; hujah yang mungkin mereka pelajari semasa di Uni dulu ataupun hurm... yang mereka sendiri rasa betul, mereka cakap saja. Padahal isunya tetap satu ' gila KUASA'. Bila gaduh2 begini, maka dengan mudah mulut mengeluarkan kata2 kesat (kata2 yg tak dapat pasti kesahihannya) dan dengan mudahlah fitnah terjadi dan disebarkan. Pemimpin2 diatas sana ada yg bergelar 'Ulama' janganlah diam saja.. Kawal lah & rawatlah hati2 pengikut anda itu. Anda memperjuangkan Islam dan Keadilan tapi pengikut2 anda bertindak diluar batasan Islam. Macammana tu? Sangat sedih melihat pergaduhan dikalangan bangsa & agama sendiri. Peristiwa2 yg berlaku di Palestin contohnya masih tidak menyedarkan kita betapa pentingnya PERPADUAN. Manusia sanggup buat apa sahaja kerana Kuasa. Kerana Kuasa sanggup bergaduh, berperang & berbunuh-bunuhan. Hadith 'Daripada Abu Hurairah r.a.. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda; "Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'. Sahabat bertanya, "Apakah al-Harj itu hai Rasulullah?". Nabi s.a.w menjawab:" Peperangan demi peperangan demi peperangan". H.R. Ibnu Majah. Berikut doa untuk elak caci maki masa marah:- "Aku pohonkan kepada Engkau (Ya Allah) kalimat kebenaran pada masa marah dan suka". saya postkan versi bahasa arab bila ada kelapangan. Ustaz Hadith saya ada berpesan:- Allah tak jadi turunkan malapetaka bila berlaku 3 perkara:-
  1. Doa diwaktu sahur
  2. Berulang-alik ke masjid untuk berjemaah
  3. Beramah-mesra, berkasih-sayang yakni tidak bergaduh2

Wallahua'alam..

Thursday 7 May 2009

Hari ni hari khamis, esok dah jumaat, lusa pulak sabtu..yahoo!..itulah luahan orang yang tak bersemangat kerja. hahaa.. sememangnya hari minggu hari yg dinanti-nantikan oleh semua pekerja yang makan gaji macam i :-) (bagi yang sebaliknya, anda memang seorang pekerja yang motivated -(harap-harap boss i tak jengok blog i ni hik..hik..) Sabtu lepas ustaz kelas Hadith i ajar satu doa yang sangat2 bermanfaat untuk mereka yg cinta pada ilmu iaitu doa agar tidak lupa ilmu yang telah dipelajari. i percaya ramai yang sudah tahu doa ini cuma bagi yg tak pernah tahu mcm i ni, bolehlah catit dan amalkan. Doanya berbunyi begini : Allahummas tauda'tukaa maa 'allamtani, fardudhuu ilayya 'indahaajati, walaa tunsinii yaa rabbal'alamin..(maksudnya: YaAllah, aku simpankan kpd Engkau sesuatu yang telah Engkau ajarkan kpdku, kembalikan ia kpdku ketika aku berhajat akan ia, dan jangan Engkau lupakan aku Wahai Tuhan kami..) Lepas tu ada satu lagi petua utk orang yg tetiba tak ingat apa nak cakap (mcm i lah bila mengadap boss je boleh lupa apa nak cakap, dahtu tunggang langgang pulak susunan ayat bila cakap), selawat 3 kali Insyaallah boleh ingat balik. Wallahua'lam..

Monday 27 April 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah..Bersyukur saya kehadrat Ilahi diatas terciptanya blog ini setelah sekian lama ingin memilikinya. Terima kasih buat sahabatku Izan diatas tunjuk ajar sehingga terciptanya blog saya ni. harap blog ini dapat memberi manfaat kepada empunya dan kepada anda semua yg sudi 'menjengok' ke blog saya ni. Saya mengalu-alukan pendapat, idea, cadangan, dan apa2 saja dari anda semua.. Wassalaam..